Isnin, 17 Januari 2011

PESAKIT DI RUMAH MENDAPAT PERHATIAN






Beberapa orang pesakit di Jalan Cempaka, Jalan Hj Mohd Shariff berasa teruja dan gembira apabila rumah-rumah mereka di kunjungi secara mengejut oleh YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman serta rombongan JKKK Kg Meru.
Puan Misnah Bt Samino, berusia 92 tahun walaupun telah uzur namun ingatan beliau masih kuat dan banyak bercerita tentang kesusahan kehidupan yang di lalui kepada YB Dr Rani.
Encik Jasmani bin Ngadin yang baru menjalani pembedahan memotong kakinya disebabkan kandungan gula yang tinggi juga berasa gembira sehingga menitiskan air matanya apabila mendapat kunjungan mesra dan sedikit sumbangan wang dari wakil rakyat Meru tersebut.

Tiada ulasan: