Sabtu, 26 Februari 2011

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR










Alhamdulilah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang di adakan di Surau Nurul Saadah Taman Meru Empat telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penduduk kariah tempatan.

Selain membuka kaunter daftar Skim Mesra Usia Emas, TAWAS, SPR, Pendaftaran Kebajikan OKU dan YAWAS, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru juga membuka Kaunter Bancian Zakat.

Dr Abd Rani ADUN Meru juga mengalu-alukan penglibatan pihak PERKESO dan juga JKM yang telah membuka kaunter penerangan masing-masing kepada orang ramai.

Turut hadir ialah Tuan Hj Shamsudin selaku CADO Daerah Klang yang baru, Tuan Hj Taifor Hj Noor selaku Dato Ketua Kampong Kg Meru dan Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan, Nazir Masjid Meru.

Tiada ulasan: