Ahad, 27 Februari 2011

PTRS DUN MERU 2011 TELAH DILANCARKAN.








Dun Meru melangkah lebih awal pada 2011 dengan memulakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dengan mengadakan Pelancaran PTRS dan Majlis Motivasi Pelajar bersama ibubapa di Dewan Hambali Meru, Seramai 100 pelajar telah mengambil bahagian dengan disertai ibubapa mereka. ADUN Meru, Yb Dr Hj Abd Rani bin Osman telah sudi merasmikan majlis ini petang tadi dengan menyarankan semua pihak mengambil peluang terbaik program ini yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Melalui motivator, Ustazah Haslina . Pelajar dan ibubapa diberikan teknik dan resepi kejayaan dalam pendidikan yang diberkati Allah swt. dan ibubapa amanahkan untuk menjaga dan memantau aktiviti anak mereka sebilang masa. Pengarah program, KPMI Baharom bin Basiron dan barisan AJK dari JKKK Kg Meru akan bersama mengendalikan PTRS ini bermula bulan Mac hinga Oktober 2011. Harapan pencapaian keputusan SPM 2011 akan lebih baik dan cemerlang dengan usaha yang bersungguh dari pelajar dan penyelaras PTRS.

Tiada ulasan: