Isnin, 11 April 2011

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KAPAR BERJALAN LANCAR











Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kapar telah berjaya di adakan di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru. Mesyuarat tersebut telah di rasmikan oleh Saudara Mohamad Sabu, AJK Pas Pusat malam sebelumnya di Dewan Orang Ramai Bandar Sultan Suleiman, Sementa.

Kehadiran para perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan cukup menggalakkan dan perbahasan serta cadangan-cadangan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan adalah cukup mantap dan bernas.

YDP Pas Kawasan Kapar, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman berharap ahli-ahli Pas
lebih banyak turun padang ke masjid-masjid, majlis kondangan dan membantu mereka-mereka yang ditimpa bencana dan kalau boleh jangan sekali-kali meninggalkan usrah.

Saudara Mohamad Sabu menyebut betapa perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS telah mula di fahami dan diterima oleh kaum-kaum Cina dan India yang sebelum ini hanya mengenali Islam dari akhlaq buruk pimpinan UMNO.

Tiada ulasan: