Isnin, 11 April 2011

SMUE FASA KEDUA DAERAH KLANG DI LANCARKAN










Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua yang memberikan tambahan RM1500.00 kepada pewaris yang kematian ahli keluarga mereka yang berusia 60 tahun keatas telah di jalankan di Dewan Serbaguna Sg Pinang.

SMUE peringkat Daerah Klang itu melibatkan 21 pewaris dari DUN Sg Pinang, 58 orang dari DUN Sementa dan 18 orang dari DUN Meru.

Majlis yang di rasmikan oleh YB Dr Hj Abd Rani bin Osman itu turut juga di hadiri oleh En Nizam Abd Rauf, Penolong Pegawai Daerah Klang dan Mr Tan Chee Geap, Penolong Kanan Kawasan DUN Sg Pinang.

Dr Rani mengingatkan pewaris bahawa inilah sebahagian dari program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah di jalankan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan dan keadilan yang tidak mengenal warna kulit dan agama yang di praktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: