PAUTAN DARI BLOG MERAHTINTA(MSO)
Satu Dekad Mencurah Bakti
DIAM tidak diam Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) telah berusia 10 tahun. Dalam waktu satu dekad itu yayasan ini telah melangkaui hampir seluruh benua dalam mencurahkan khidmat bakti membantu mereka yang tidak bernasib baik dan memerlukannya. Tanpa riuh randah dan hebahan Amal Malaysia selalu membawa delegasi dan misi ke serata lokasi di mana saja manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan kemanusiaan.
Berbunyi saja loceng kecemas tidak kira di mana saja, delegasi Amal Malaysia akan bergegas dengan penuh kesedaran dan keinsafan atas amanah bergerak untuk memberi bantuan. Para sukarelawaannya akan sedia meninggalkan orang tersayang di rumah demi menyelamatkan makhluk sesama insan.
Dalam tempoh itu Amal Malaysia telah mengibarkan bendera kemanusiaan Malaysia ke nun jauh di timur di Kwan Yen Cina, timur Kharton dan Kassala di Shara, Afrika. Pengembaraan Amal Malaysia ini bukan saja berhenti di situ, mereka sedang membuat persiapan untuk menghantar misi kemanusiaan jauh ke Timur, di Jepun dan jauh ke Barat di Benghaji di Tripoli Libya tidak lama lagi.
Paling merujakan kadang kala ketibaan para sukarelawan Amal Malaysia ini di lokasi-lokasi di mana manusia memerlukan bantuan medahului dari Ngo-Ngo yang lebih besar dan bertenaga dari mereka. Inilah kepantasan dan semangat yang ada kepada sukarelawan Amal Malaysia ini. Mereka bergerak tanpa mengira sempadan dunia dan memberi bantuan tanpa melihat warna kulit, agama dan fahaman politik. Bagi mereka sesiapa juga asalkan manusia perlu dibantu.
Saya sendiri penah dua kali terserempak dengan delegasi yayasan ini. Pertama sewaktu berlakunya tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan ketika gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia dua tahun kemudian.
Semasa di Yogjarkata saya sungguh kagum melihat penglibatan para delegasinya. Mereka bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan seperti makan dan minum serta pakaian tetapi juga turut membawa paramedic dan beberapa orang doktor membantu memberi rawatan kepada mangsa. Mereka juga membantu memasang khemah perlindungan sementara dan sanggup berembun dan berhujan dengan mangsa gempa bumi.
Demikian juga penglibatan mereka di Aceh. Bantuan mereka bukan saja terhenti selepas beberapa tahun selepas tsunami itu tetapi batuan kemanusiaan itu berterusan sampai kini. Amal Malaysia masih meberi peduli kepada nasib rakyat Aceh yang membutuhkan bantuan ekoran tragedi berkenaan. Untuk itu yayasan ini juga telah membangunkan sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim di mana seluruh kos perbelanjaannya ditanggung atau diusahakan oleh yayasan berkenaan.
Seperti dikatakan tadi penglibatan Amalan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan bukan saja terhadap di rantau Asia sahaja, tetapi seluruh dunia. Di mana saja ada bencana dan kecelakaan alam, di mana saja ada manusia yang menangis dan merintih memerlukan bantuan, yayasan ini dengan segala kudratnya akan bergegas, melaksanakan misi tanggungjawab dan amal mereka seperti mana dituntut oleh agama - beramal kerana Allah.
Sesuatu yang paling manis buat yayasan ini, rombongan mereka juga turut sama terlibat dalam membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza bersama kapal Mavi Marvara yang ditahan oleh Isreal. Orang kuat yayasan ini sendiri Jamaludin Elias hampir-hampir kehilangan nyawa apabila kapal dinaiki itu ditahan dan ditembak oleh askar Israel serta menyaksi sendiri akan kekejaman Israel dalam menindas rakyat Palaestin.
Pagi tadi telah berlangusng mesyuarat agung perwakikan dwi tahunan yayasan berkenaan bertempat di Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Bangi Selangor. Sesungguhnya kalau saya tidak hadir ke mesyuarat berkenaan saya tidak tahu akan keupayaan dan juga segala aktiviti yayasan ini. Terkejut juga saya kerana Amal Malaysia disokong bukan saja oleh pelbagai glongan profesional tetapi turut sama disokong oleh beberapa wakil rakyat, antaranya Dr Rani Othman, Dr Halimah Ali Abdullah, Mohd Zaki Ibrahim, Shafei Salleh, bekas Ahli Parlimen Jeli, Apndai Mohamad dan lain-lain.
Lebih 200 orang perwakilan dari seluruh negara hadir pada mesyuarat pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang juga penasihat yayasan berkenaan. Penglibatan Khalid dalam Amal Malaysia ini tidak ramai yang mengetahuinya, di mana beliau dilantik menjadi penasihat sebelum beliau jadi Menteri Besar Selangor lagi.
Segala macam aktiviti yayasan dan penglibatan mereka dalam misi bantuan kemanusiaan dipapar dalam mini pameran kecil di perkarangan pusat dakwah berkenaan sempena mesyuarat itu. Dari situ menyerlahkan akan peranan yayasan ini sebenar, bessar dan mereka bekerja memberi bantuan kebajikan seolah tidak mahu diketahui orang sesuai dengan marfum sebuah hadith mengatakan, kalau kita hendak melakukan kebaikan biarlah secara diam umpama tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu.
Ternyata aspirasi yayasan ini bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang melarat ditindas, tetapi yayasan ini juga turut berperanan lebih luas dari itu memainkan peranan sebagai badan dakwah. Amal Malaysia juga telah mengagaskan sebuah pusat dakwah guna menyediakan kader yang akan membawa risalah Allah ke seluruh alam.
Tanpa sesiapa sedari, pusat dakwah berkenaan telah pun wujud dan kini kumpulan pertama sudah pun bermula. Kumpulan pertama ini terdiri dari saudara baru yang berasal di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Pasukan pelajar petama akan berakhir pada bulan Ogos depan dan kumpulan kedua akan mulai masuk September depan. Begitu mengkagumkan selain daripada pelajar ini dilengkap dengan asas-asas dakwah tetapi mereka juga dibekalkan dengan ilmu untuk mengurus diri berupa asas-asas dalam bidang pertanian.
Sesuai dengan kemajuan yang dicapainya Yayasan Amal Malaysia ini berhasrat untuk memperluaskan bidang pengajian ini dengan waktu ini sedang mengagaskan untuk menubuhkan sebuah bangunan sendiri bagi dijadikan pusat dakwah bekenaan. Tanah seluas empat ekar sudah pun diperolehi dan pembinaan kompeleks bernilai RM10 juta akan bermula bila-bila masa saja.
Tanhnia dan syabas diucapkan kepada Yayasan Amal Malaysia. [wm.kl.5:45 pm 07/05/11]
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM
6 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan