NO.8G,JALAN LIMAU TAMBUN, TAMAN KIYAI RIDZUAN,BATU 7, JALAN MERU,
41050 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-33934877 Faks: 03-33935877
Isnin, 9 Mei 2011
ZIARAH KERUMAH PESAKIT & WARGA EMAS
Program ziarah kerumah warga emas uzur dan kurang upaya antara agenda pada hari Jumaat oleh YB Dr Hj Abd Rani Osman. Memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan, ubatan dan sumbangan kerusi roda kepada yang memerlukan. Turut bersama rombongan, Ketua Kampung Meru. Tn Hj Thafor Hj Noor memberikan penerangan berkaitan urusan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor kepada yang layak memohon.
Ditubuhkan selepas kemenangan PAS melalui YB Dr Abd Rani Osman sebagai calonnya lewat PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pusat ini beroperasi sebagai perantara di antara rakyat dan agensi kerajaan bagi menyalurkan semua bentuk keperluan dan suara rakyat kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga kewujudan pusat ini akan memberi sinar baru kepada harapan rakyat yang mungkin selama ini pudar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan