Sabtu, 14 Mei 2011

PERASMIAN PEJABAT PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN






















YB Dr Abd Rani bin Osman bersama-sama orang ramai telah turun padang bergotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Kg Meru.

Turut bersama ialah Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Klang Hj Abd Malek, Tuan Nazir Hj Adsimoni, Tuan Ketua Kampong Meru Hj Taipor dan Tuan Ketua Kampong Budiman Hj Mohd Noh.

Dr Rani dalam ucapan perasmian Pejabat Urusan Tanah Perkuburan dan Setor telah mengingatkan orang ramai agar jangan membina berbagai bentuk binaan tambahan seperti tempat duduk dan sebagainya yang sebenarnya telah mengambil hak orang lain untuk mengebumikan jenazah kaum kerabat mereka.

Selain dari itu Dr rani juga melancarkan Tabung Pembinaan Pagar Tanah Perkuburan bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang kurang disenangi di kawasan tersebut.


















Tiada ulasan: