Sabtu, 14 Mei 2011

DAKWAH ISLAM DI MANA SAHAJA






Bertolak dari keinginannya untuk mengetahui dengan lebih dekat prinsip dan kaedah perjuangan Islam yang sebenarnya telah mendorong Encik Nokio Hikota dari Kedutaan Jepun yang berpengkalan di ibu kota untuk menziarahi YB Dr Hj Abd Rani bin Osman di Pusat Khidmat Masyarakat Meru.

Pertemuan yang mengambil masa 2 jam itu telah di manafaatkan oleh Encik Hikota bagi mengajukan berbagai persoalan tentang Islam dan falsafah perjuangannya yang masih kabur dalam pemikirannya.

YB Dr Hj Abd Rani yang pada mulanya menyangkakan pertemuan nya dengan seorang pegawai dari Kedutaan Jepun itu hanya membincangkan perihal bantuan kemaanusiaan kepada mangsa-mangsa Tsunami di Jepun berasa sungguh terkejut apabila di beritahu oleh Encik Hikota bahawa bukanlah itu tujuan utama kedatangannya ke Meru.

Dr Rani bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang Islam dan konsep perjuangannya kepada non-muslm dan moga-moga Islam dapat di fahami dan diterima oleh mereka.




Tiada ulasan: