Ahad, 14 Ogos 2011

KEMPEN DERMA DARAH DIBULAN RAMADHAN









Walau sehari suntuk berpuasa dibulan Ramadhan, sambutan program Derma Darah anjuran Masjid As Syarif tetap mendapat sambutan dikalangan masyarakat di Meru. Seramai lebih 50 orang mengambil bahagian termasuk kalangan golongan wanita. Kempen derma darah dari Hospital Ampuan Rahimah Klang bagi mengisi tabung darah yang semakin berkurangan bila tiba bulan puasa dan hari raya. Masjid As Syariff sememangnya tempat tumpuan masyarakat di Klang, program kempen derma darah semesti pilihan utama yang diberikan perhatian sekiranya mendapat jemputan dari pihak masjid. Terima kasih dari semua yang menderma dan syabas Masjid As Syariff Meru.

Tiada ulasan: