Selasa, 16 Ogos 2011

MASAALAH BANJIR PENDUDUK SELESAI






Masaalah banjir kilat yang sering melanda beberapa rumah kediaman penduduk di Jalan Pekan Baru 25 di Bandar Klang insyaAllah akan dapat diatasi apabila YB Meru berusaha mengadakan pertemuan dengan pihak pemaju, penduduk, Ahli Majlis dan MPK.
Masaalah banjir yang melanda hingga keparas lutut di kawasan tersebut adalah berpunca dari kerja-kerja pembangunan beberapa buah banglo yang bakal di dirikan berhampiran.
Ahli Majlis MPK, En Deepakaran telah berusaha keras membuat laporan, menggesa dan berbincang dengan pihak pemaju dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengatasi masaalah kritikal penduduk dalam masa 3 minggu.
Hasil perbincangan, pemaju berjanji untuk bertindak dan menyelesaikannya.
1. Membina semula tembok penahan banjir/ lumpur yang runtuh.
2. Membaik pulih longkang serta jalan raya yang rosak.
3. Secara lisan berjanji untuk memberikan pampasan kepada mangsa banji 9 buah rumah.

En Tee Chye Kaw selaku wakil penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat dan berharap pihak pemaju juga dapat menyelesaikan tuntutan gantirugi yang mereka alami semasa banjir yang lalu.

Tiada ulasan: