Khamis, 6 Oktober 2011

KARNIVAL SELANGORKU CUKUP MERIAH



































Karnival Selangorku yang diadakan selama 5 hari berturut-turut di Tanjung Karang telah mendapat sambutan yang diluar dugaan.


Bukan sahaja masyarakat tempatan yang hadir, malah masyarakat luar juga membanjiri karnival tersebut yang menyediakan berbagai bentuk jualan, dari khemah persediaan makanan tradisi, penjualan buku-buku berilmiah, kaset-kaset pengajian Al-Quran dan ceramah agama serta berbagai bentuk pakaian muslim/muslimah.


Disebelah malam pula para pengunjung disajikan dengan persembahan nasyid, bacaan sajak, ceramah isu semasa dan forum.


Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden Pas. Turut hadir dalam majlis tersebut dan memberi sedikit ucapan ialah YB Ng Suee Lim dan YB Dr Abd Rani.


Dalam ucapannya TG Abd Hadi menjelaskan secara kasar dasar hukum hudud yang sebelum ini bukan sahaja tidak diperjelaskan oleh Umno kepada masyarakat Cina tetapi di takutkan mereka dengan hukum Al Quran itu.















Tiada ulasan: