Khamis, 6 Oktober 2011

KUNJUNGAN MUHIBBAH KE PEJABAT LZS

























YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah mengetuai rombongan ahli majlis MPK dan beberapa orang ketua kampung untuk membuat kunjungan muhibbah ke Pejabat Lembaga Zakat Selangor di World Wide, Shah Alam.


Mereka di sambut oleh Tuan Hj Mohamed Izam Mohamed Yusof, Ketua Eksekutif LZS , Tuan Hj Sahadan Ishak selaku Pengurus Besar Pejabat Agihan LZS bersama pegawai-pegawai Pengurusan LZS .


Dalam taklimat yang diberikan oleh Tuan Hj Sahadan,beliau menjelaskan bahawa antara langkah-langkah yang diambil ialah membuka kaunter ekspres yang beroperasi 9 cawangan LZS untuk membantu golongan asnaf.


YB Dr Rani berharap hubungan dua hala yang lebih komprehensif dan kerap dapat dujalinkan antara Ketua-ketua Kampung dan pegawai-pegawai LZS agar apa sahaja masaalah dan kesamaraan yang timbul dalam pengagihan zakat dapat di selesaikan dalam masa yang singkat.


















Tiada ulasan: