YB Dr Rani bersama ahli-ahli karyah Surau Darul Makmur telah turun beramai-ramai bagi menjayakan program Korban Eidul Fitri yang dilaksanakan pada hari pertama.
Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan sebagai rasa tanggungjawab menyahut seruan Nabi Allah Ibrahim a.s.
YB Dr Rani yang membaca khutbah Hari Raya Korban pada pagi ini menyeru ummat Islam agar kembali bersatu dibawah panji Allah dan menolak seruan bersatu selain dari landasan yang telah di letakkan oleh Allah.
Selesai khutbah, ahli-ahli karyah telah berkumpul di Jalan Nenas bagi menjalankan ibadah korban dan YB Dr Rani sendiri menyembelih 2 ekor lembu korban tersebut.
Selain bersama rakyat melapah, memotong dan menimbang daging-daging korban tersebut, Dr Rani sempat pula membelanja setiap mereka yang merewang dan kanak-kanak yang hadir dengan ais-kerim.yang dijual oleh penjual ais kerim bermotor.
Bukan setakat golongan asnaf tempatan yang dapat menikmati daging-daging korban tersebut tetapi ianya juga turut dinikmati dari warga Bangladesh dan Pakistan yang hadir sebagai asnaf fisabilillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan