Khamis, 22 Disember 2011

LAYAT MAYAT DI TAMAN MERU 4










Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di DUN Meru untuk melihat wakil rakyat mereka, Dr Rani menziarahi mayat sesiapa sahaja yang meninggal dunia sekiranya tiada halangan baginya.

Walaupun kadang-kadang Dr Rani telah pun bersiap untuk menghadiri mesyuarat di SUK atau Majlis Daerah tetapi beliau pastikan akan dapat menziarahi mayat walaupun hanya sebentar.

Kehilangan ahli keluarga adalah satu kepahitan yang tak dapat dibayangkan oleh mana-mana keluarga.

Dr Rani selalunya bertemu ahli keluarga allahyarham untuk menasihati mereka agar bersabar dengan kadha dan kadar yang telah ditetapkan oleh Allah swt.








Tiada ulasan: