Khamis, 22 Disember 2011

PENYAMPAIAN CEK BANTUAN SEKOLAH CINA






























Sejumlah RM 90,000.00 telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk dibahagikan kepada 4 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kapar.


SJKC Pin Hwa 2, SJKC Soo Jin, SJKC Pui Ying dan SJKC Ying Wah adalah 4 buah sekolah yang bertuah untuk mendapat bantuan tersebut.


YB Manikavasagam, YB Ng Sue Lim dan YB Dr Rani telah turut hadir bagi menyampaikan cek-cek bantuan berkenaan


Ahli-ahli Lembaga Pengelola dari sekolah-sekolah tersebut telah turut hadir untuk menerima cek-cek bantuan itu dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat mereka.


Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor, banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan bukan dibiarkan beredar dikalangan orang yang berpengaruh dikalangan pimpinan.




















Tiada ulasan: