Isnin, 9 April 2012

CERMIN MATA PERCUMA BAGI MURID SEKOLAH




















Seramai 224 orang murid-murid sekolah rendah dari pelbagai kaum yang menghadapi masaalah penglihatan boleh menarik nafas lega kerana masaalah mereka untuk mendapatkan sepasang cermin mata telah terjawab hari ini.


Sebanyak 6 sekolah rendah telah terlibat bagi menghantar senarai nama-nama murid terutama yang dari golongan kurang mampu untuk

mendapatkan sepasang cermin mata bagi membantu mereka dalam menguasai ilmu pelajaran yang di ajar oleh guru-guru mereka.


YB Dr Rani melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru berkata, inilah anatara usaha kebajikan yang di jalankan di kawasan nya bagi membantu golongan kurang kemampuan bagi meringankan bebanan mereka dalam menghadapi kehidupan ini.


Kaum ibu bapa dari berbagai kaum berpeluang berjumpa dan mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat mereka yang perihatin terhadap masaalah penduduk.



















Tiada ulasan: