AJK Masjid Sirajuddin Al Anuar dengan kerjasama JKKK Kg Batu Belah telah menganjurkan program Hari Kesihatan di masjid berkenaan.
Selain dari urut reflexology yang di lakukan oleh pemuda-pemuda yang buta, kem pemeriksaan darah tinggi dan kencing manis serta pemeriksaan mata secara percuma juga turut di adakan.
YB Dr Rani yang dijemput sebagai perasmi program berkenaan mengucapkan tahniah kepada Tuan Nazir, Hj Yusuf Ibrahim dan AJK nya yang banyak menganjurkan program-program kemasyarakatan bagi manafaat ahli-ahli kariah.
Selain dari perasmian tersebut, Dr Rani juga merasmikan pelancaran Van Jenazah yang baru yang juga berjaya di perolehi hasil dari wang derma yang dikutip dari orang ramai.
YB Dr Rani menekankan dalam ucapannya bahawa segala jawatan yang diberikan oleh rakyat kepada pimpinan adalah amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt kelak di hari akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan