Khamis, 14 Jun 2012

SUMBANGAN UNTUK PEWARIS WARGA EMAS YANG TELAH MENINGGAL DUNIA






Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat telah meluluskan Skim Mesra Usia Emas dimana diantaranya sekiranya terdapat warga emas yang berusia 60 tahun keatas meninggal dunia maka pewarisnya akan dibayar RM2500 bagi menanggung sebahagian kos pengkebumian atau penjelasan hutang yang ditinggalkan.
Sumbangan Kerajaan Negeri tersebut diadakan bagi mengenang jasa warga emas membesarkan tanggungan dan sumbangan bukan kecil mereka terhadap pembangunan negeri.
Bagi fasa pertama, pewaris akan menerima RM1000 dan fasa kedua RM1500 lagi.
YB Dr Rani samaada menyerahkan wang fasa pertama tersebut di pejabat beliau atau berkunjung kerumah pewaris-pewaris sendiri untuk menyampaikan sumbangan kerajaan Negeri Selangor tersebut.

Tiada ulasan: